KENAL DIRI DAN PASANGAN IDEAL MELALUI TARIKH LAHIR ANDA
------------------------------------------------
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin,
terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti.
Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari,
berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan
bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda
tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga
menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda
ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian
anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah
no.4, 6, 8..
no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang
kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus!
Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi
and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga
seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam
muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan
dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi
Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang
bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri
sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda
mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda.
Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi
anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu
berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang
lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan,
kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu,
maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana
anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan
ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin
anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda
seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang
menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang
sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda
akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada
anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda
tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh
menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran
dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah
seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan
ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan
bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda
suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan
ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda
adalah no.1 , 2, 9.
no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak
pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja.
Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang
genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik),
mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang
pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda.
Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil
saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3,
9.
no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda
adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius
dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap
iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk
keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga
kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk
memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang
yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada
orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu
benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah
menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan
masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang
disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah
membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal
dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga
adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang
boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang
muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda
telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain
percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan
ideal anda adalah no. 3, 5, 6.