Seorang yang hebat.
Orang yang hebat, mempunyai idola yang terhebat. Nabi Muhammad S.A.W merupakan idola yang terbaik. Tak ramai orang kenal Nabi Muhammad dengan lebih mendalam kerana kurang mendalami kisah hidup baginda. Sedangkan baginda teramat kasih akan kita. Hingga aku yang berhati batu ini, mengalirkan air mata.
Walaupun , kita ; manusia yang banyak membuat kesilapan dan akan melakukan kesilapan di masa hadapan. Cubalah elakkan diri dari melakukan perkara yang menghalang kita daripada merana di kehidupan yang ke-dua ; akhirat.
Pertama, jagalah hati Ibubapa. Kalau ibubapa melarang kita dari melakukan sesuatu (kecuali yang baik dan melanggar syarak) , maka ikutlah. Kerana itu adalah petunjuk agar kita selamat dari musibah yang bakal menimpa. Saya sendiri telah alaminya.
Kedua, jangan sakiti hari orang lain. Kerana tidak semua manusia dapat memaafkan kamu seperti mana Allah dan Rasul.
Ketiga, dalami ibadah dan sunnah dalam kehidupan seharian. Walaupun tak banyak ibadah yang kitaa lakukan, tetapi mendalaminya lebih baik daripada melaksanakannya dengan main-main. CTH : Orang Islam wajib menunaikan solat, Namun hendak menjadi Mukmin yang hebat, perlu solat dengan khusyuk serta betul.
Keempat, Dalami Ilmu walaupun hanya sepotong ayat sehari , itu lebih baik dari facebook 24jam.
Kelima, jaga akhlak. Cara menegur dan melakukan sesuatu perlulah dengan baik. Kerana terdapat kesan sampingan yang buruk jika akhlak kita buruk.
Akhir kata. Jika mahukan contohnya baik. Bergurulah dengan Nabi Muhammad S.A.W dengan mendalami hadis dan saranan beliau.