Ya , sejak aku jadi "remaja" ni banyak sungguh tekanan hidup. Namun setelah aku mula matang, aku mula sedar tekanan yang aku hadapi itu berlaku kerana aku anggap sesuatu itu beban bagi aku. Sepatutnya perkara itu menjadi tanggungjawab aku.
Dalam usia remaja, kita sudah ingat kita sudah matang padahal kita cuma pandai memandai-mandai.
Tekanan bagi aku ketika 'suatu zaman dahulu'
- masalah cinta monyet
- masalah belajar
- masalah keluarga yang tidak "memahami"
- masalah mencari personaliti diri
Huraian
- Cinta monyet - cinta yang berasaskan sayang dan nafsu. Kalau Cinta sebenar adalah cinta yang membantu kita menuju ke syurga Allah, bukan syurga dunia :)
- Masalah belajar - belajar kerana paksaan. Sepatutnya-Belajar kerana mahu menimba ilmu dunia dan akhirat. Kerana kalau kita inginkan dunia dan akhirat- kira perlukan ilmu.
- Masalah keluarga yang tidak memahami - Sebenarnya 90% daripada ibubapa kita tahu baik buruk perkara yang kita mahu lakukan. Percaya mereka, bukan orang lain. Cuma kita sahaja yang suka mengikut kehendak hati.
- Mencari personaliti diri - keliru dengan keputusan yang hendak dibuat (selalunya) . Cara atasi - Jika perkara baik - kita usaha, doa dan tawakal. Jika perkara tak baik - elak dan kalau dah telanjur melakukannya belajar dari kesilapan. Cari kejayaan dan kebahgian yang berpandukan Islam ketika di dunia, agar kita berjaya di akhirat.
Langkah yang berkesan bagi aku untuk menghilangkan tekanan adalah:-
- Suburkanlah cinta kita kepada Allah dan Nabi Muhammad
- Fikir positif tentang apa yang berlaku.
- Tanamkan sikap bertanggungjawab dalam diri.
- Banyakkan aktiviti luar, supaya dapat alirkan tekanan itu keluar.
Tips:-

