Kawan baik perempuan pertama.

Kawan baik perempuan aku. Aku suka sangat "bergaduh" dengan dia, dia pun sama. Aku dengan dia tak pandai bertegur sapa macam kawan-kawan yang lain. Aku buli dia, dia suka pandang aku dengan pandangan yang tajam. Tapi aku suka keadaan itu.











Hanny Farhana, sejak dia duduk sebelah aku. Aku tak pernah tahu pun yang aku suka dia. Hari itu Ustazah suruh dia buka spect , sebijik macam cina mualaf. Muka garang gila tapi cute. 
Kami selalu  main lawan getah pemadam and "ooo... som" bila kami bosan. Kami akan naik bas yang sama setiap pagi untuk ke sekolah. Tetapi suatu hari , dia nak berpindah. Semua orang dia salam, kecuali aku, kami macam acah-acah gaduh tapi sambil senyum. Malam tu aku mimpi aku tak akan jumpa dia dah. Bila aku bangun, aku hampir menangis. Aku berazam , harap dapat jumpa dia di sekolah seperti biasa. Aku nak habiskan satu hari bercakap dengan dia dan minta maaf. Aku naik bas ke sekolah macam biasa. Tetapi bila sampai destinasi di kawasan rumah dia. Dia tak ada di tempat menunggu bas. Dejavu aku , betul-betul barlaku. Hati aku agak sedih bila sampai di sekolah melihat bangku dan meja di sebelah aku kosong. Sejak hari tu, aku akan tanya pada kawan-kawan aku, bagaimana nak berhubung dengan dia. Yang aku tahu, dia ke KL. Itu sahaja.

Sampai sekarang, aku berharap dapat berjumpa dengan dia.