Sekali orang pandang aku, mereka ingt aku orang cina. Kerana aku sepet. Aku bukan jenis lelaki idaman atau kacak. Sebab itu, aku cuba cari perkara yang boleh menarik perhatian orang. Disebabkan aku banyak kekurangan, aku cuba menjadi seperti orang lain. Termasuk cuba pakai baju lawa-lawa dan ubah stail rambut. Namun, tiada siapa pandang sangat pun, sebab poket kosong.
Perkara pertama yang aku nak dalam hidup ada seorang wanita. Entah kenapa pada usia 9 tahun itu, hati ini gatal sangat. Mungkin sebab pengaruh media masa yang asyik tunjuk budaya barat. Seriously, kerajaan perlu sekat perkara begini. Bimbing anak-anak muda dengan pendekatan agama.
Lebih kurang macam inilah muka dia. Masa aku 9 tahun, aku suka "Wawa" (bukan nama sebenar). Comelkan, aku letak surat dalam beg dia namun tak berbalas (semasa aku darjah 6). Mungkin sebab dia tak minat aku sebab aku gemuk (pada masa itu).
Rumah dia dekat dengan rumah aku, pada waktu petang aku akan mengayuh basikal dan lalu di depan rumah dia berulang kali. Tapi dia tak tahu pun aku selalu ronda di depan rumah dia. Suatu hari, aku dapat no telefon rumah dia. Aku cuba call. Tapi dia tak angkat. Ayah dia yang angkat, jadi aku letak. Tak berani nak mengaku , sehinggalah aku pindah rumah. Dan masuk tingkatan 1.
Monyet semakin berleluasa bercinta
Begitulah bermulanya pemikiran cinta monyet, kerana terpengaruh dengan cerita cerita barat dan ala-barat yang disiarkan oleh media massa. Tidak hairanlah kenapa budak-budak sekrang sudah pandai bercinta, ketika aku masih bersekolah rendah, aku masih belum memiliki handfone. Sekarang - budak-budak sekolah rendah sudah mempunyai handfone. Ini lebih menggalakkan mereka giat "bermonyetcintaan" lebih dari aku dulu.
.jpg)